Monday, March 28, 2011

ion in your head imaginat

ion in your head imaginat

Friday, March 25, 2011

The Sing-Off on NBC: COMMITTED "This Love"

Kerenah Pelaggan Hari ni....

Hari ini ak berasa kesian dgn Ayahku kerana terpaksa melayan kerenah pelanggan yg pelbagai dan cerewet...
Hari ini ada sebuah keluarga datang terdiri drpd si ibu, ank gadis, ank bujang, si kecil... Nak kata kerek boleh la kot.... Mengikut menu yg disediakan oleh kafe kami tidak terdpt nasi goreng tomyam... tetapi dgn kerasnya ank bujangnya meminta mknn tersebut... Ayah saya menjawab kafe sini memang xde menu tersebut... Yg ada nasi goreng + tomyam c+... kalau nak la... tp pelanggan ni berkeras jugak nk nasi goreng tersebut mcm org thai masak lagi... huhuhu.... (rasa2 nak makan yg org Thai masak pergilah cri kdai laen... ini x sini org melayu pnye kedai...) Daku berharap para pelanggan diluar sana jgnlah meminta order yg bukan2... Ia akan menyusahkan utk org laen... Berpada-padalah semasa mengoder... Sekian... Assalamualaikum...

Friday, March 18, 2011

Tak Mahu Hipokrit, Akhirnya Bertambah Dosa

Tak Mahu Hipokrit, Akhirnya Bertambah Dosa

Aurat Wanita : Apa Sudah Jadi ?

Aurat Wanita : Apa Sudah Jadi ?

Kembali kpd Restoran Seler@ Int@n

Setelah agak lama tidak menceritakan perihal Kafe ini (memang sudah lama)... Daku kembali menceritakan mengenainya.... Lama dulu daku menjanjikan kepada anda semua tentang Makanan yang disajikan pada shift malam... Almaklumlah kamera tidak ada di tangan punca daku tidak mengupdate gambar2 terbaru dan terkini di kafe tersebut...

Selain itu juga kerana Daku tidak lagi bekerja sepenuh masa di sana... Sekarang Daku mendapat tawaran mengajar di SRAR Asmawiyah Kedai Empat... Selepas daku hadiri temuduga di pejabat Agama di Parit Buntar...

Daku hanya bekerja pada awal pagi dan selebihnya daku ke sekolah.... Kita sambung balik, pada waktu malam juga terdapat menu2 yang hot... menjadi kegilaan para Pelanggan sekalian.... Antaranya,

1 -WERSTERN : Chicken Chop berharga RM 7.80 (agak murah'n)
Chicken Grill   berharga RM 8.00
Chicken Chop with Rice harga RM 8.80 (Paling top) juga dikenali (C.Chop SI)
(Agak agak Bloggers la murah ke mahal harga ni.. Memandangkan Harga ayam dah naik sekarang ni..^_^)

2 - MAKANAN ALA CARTE : Bermacam-macam nasi goreng antaranya, yang biasa kita pesan kat kedai2... Daku menggunakan singkatan perkataan sahaja... NGB, NGC, NGA, NGUSA, SGSTG, NGPAPRIK, NGPATAYA, NGAMMERAH@KUNYIT, @DAGING, Paling special sekali ialah Nasi Goreng SELERA INTAN (Antara penarik makanan ini ialah drumstik, keropok mony :), sambal ikan bilis, sup)
Selain itu terdapat juga makanan berkuah mee, bihun dan kue tiew... Tersangat special dan pilihan pelanggan ialah mee sizzling dlm hot plate... (Daku suka bila rata2 pelanggan cilik meminta dekat mama diorang.. " mama 2 adik nak mee berasap.. ye mama ye... hehehe")
(Macam biasa harga antara RM 3.00 - RM 5.00) Sebarang pertambahan bermakna tambah la duit... hihihi...

NGUSA Gambar hiasan dari Google
3 - MAKANAN ALA THAI : Pelbagai Tomyam disediakan antaranya tomyam aym, daging, C+, dan lain2...
Selain itu ikan kembung & siakap masak stim, tiga rasa dan lain....
(Semua harga adalah berpatutan...)

TOMYAM Gambar hiasan dari Google

4 - MINUMAN Ada makanan mesti ada minumannya.... Macan biasa minuman yang selalu dihidangkan di kafe2 dan gerai2...
milkshake and float menjadi pilihan...
(Harganya amat-amatlah berpatutan...)

MILKSHAKE Gambar hiasan dari Google

Insyaallah, ada masa daku akan menguploud gambar dari "SELERA INTAN KAFE"... Sampai di sini dulu pertemuan kita... مع السلامة

Keluargaku Sayang: Gadis Melayu - Kenapa Sanggup Gadaikan Aurat Anda?...

Keluargaku Sayang: Gadis Melayu - Kenapa Sanggup Gadaikan Aurat Anda?...: "Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Salam ukhuwwah fillah dan kakchik doakan teman-teman semua dalam keadaan sihat sejahtera. Hari ni..."

Tuesday, March 15, 2011

perkataan yg pernah trkeluar dari mulut seorang ISLAM....

ALASAN PEREMPUAN ISLAM X MAU PAKAI TUDUNG...???

Wanita Melayu Islam yang tidak risau, tidak takut dan tidak malu untuk tidak bertudung, memakai pakaian jarang, sendat dan ketat mempunyai beberapa alasan yang
BENGONG
untuk membolehkan perbuatan mereka diterima akal:

1. Tutup aurat semua, sudah pasti masuk syurga ke..? Kamu Tuhan ke..?

2. Tudung labuh pun buat dosa mengumpat orang. Walau kami pakai (seksi), hati kami baik...

3. Pakai jarang ke...ketat ke...itu hak kami. Kalau tak suka, (lelaki) jangan tengok..!!

4. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang pada individu yang memandang kami. Seksi itu subjektif..

5. Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa..

6. Salah ke kami pakai macam ni. Tutup aurat itu bagus. Tapi kami tak mahu jadi hipokrit. Ini adalah diri kami yang sebenar...

7. Suka hati kamilah pakai macam ni. Kami tidak ganggu hidup orang lain...

8. Apa yang kami buat (pakai) adalah antara kami dengan Tuhan..

9. Ini fesyen... tak salah mengikut fesyen...takkan kita mahu ketinggalan zaman..

10. Kami pakai (seksi) macam ni mengikut arahan photographer/ pengarah filem untuk menyesuaikan dengan scene..

11. Bukan kami tidak mahu menutup aurat, cuma masanya belum sampai lagi...tunggu dulu..

12. rambut I cantik. so xperlu nak cover line

13.i mmg nk mintak dirogol.dpt main free.kalau kena tangkap pun laki tu je.

14.i tak mampu beli tudung..u (lelaki) tlg belikan..

14.mak dgn bapak i pun xbising.apa hak u nk suruh i pakai tudung?

15.panas la pakai tudung.xnmpk ke mcmana cuaca kat sini?

16.bos tmpt keje i xbg pakai tudung.

17.bf i ckp i nmpk lg cantik xpakai tudung.

18.i memang jahil pun.u sebok apahal?

19. pakai tudung panas la.. rimas.. nnt rmbut i cepat gugur ..

20.i segan la dgn kawan2 i.xkan ni gi parti pakai tudung kot

21.ko gile ke gi clubbing pakai tudung?

22.i memang dr kecik xpakai tudung.dh terbiasa.

23. Ala kubur lain2 apa susahnya.

24.lum tak dpt hidayah..ceh...sampai kemat x paai camni

25."syurga tu kan milik sume org..camtu gak neraka..so biarlah kami tentukan nak pilih mane?" jerit gadis tersebut sanbil berlalu pergi..

26.i nmpk xcantik kalau pakai tudung.

27.kopek i bsr.kenapa i harus sorokkan dari tontonan umum.kan nmpk seksi tu.

28.i sekular.u duk kat negara mana skang ni?

29.kawan2 i ramai cina.

30.i nie nak laki, pakai ketat ketat laki rogol dapat kahwin free lepas tangkap basah jimat pe duit kan sekarang kegawatan ekonomi semua barang naik

31. "I memang nak rambut i kena bakar kat neraka nanti,itu sebab la i tak pakai tudung"

32. "I pun tak tahu i ni muslim ke tak, sebab tu i tak pakai tudung"

33.wtf is tudung? yg tutup lauk atas meja tu ke?

34.u ingat i buah cempedak ke nk balut2?

35.poyo la u ni.mcm baik sgt nk nasihatkan org.

36.yes,i mmg nk masuk neraka.so what?

37.mahal2 i buat rambut ni u x nk bg org tgk pulak.u ni mereng ke?

38. walopun saya tidak bertudung, tp nama saya ada perkataan Islam tau

39.i takut nnti pelancong omputih ckp i terrorist.

40.i takut nnti xde laki yg nakkan i yg tergedik2 ni.

41.wa pengkid.lu pnah tgk ke pengkid pakai tudung?

42.idola i siti nurhaliza.kalau dia sanggup kena bakar dlm neraka kenapa tidak i.

43.famili i open-minded.dorg xkesah pun i nk hidup mcm omputih.

44.i atlet.susah la nk bersukan pakai tudung.

45.i takut tudung i kena sedut masa i tgh operate machine ni.

46.alamak bro!!!.. lu pun pakai seluar pendek jer.. main bola, main badminton, segala macam main la.. kitorang (gurl) tak bising pun.. betolkan diri tu dulu..

47.itu HAK i nk pakai tudung ke xnk.i ada HAK nk tentukan mcmana hidup i.

48.u tu konfem masuk syurga ke nak nasihatkan i ni?(ni mcm dh ada je)

49.i keje setiausaha kpd bos yg kaki pmpuan.kalau i pakai tudung kang kena pecat pulak.

50.i moden la.blaja oversea,kawen dgn mat saleh...tudung tu apa?

51.F.U.C.K OFF!!!jangan menyebok dlm hidup i!

52.rilek la, bukan kluar ngn mak ayah pon!! poyo la lu ni..

alamak.. tudung i lembab lagi.. baru basuh.. semalam bf i blow off kene tudung..

Apa cer..???

ps : renung2kan & selamat beramal...

Hidup kita bagaikan dalam musafir,dunia ini ibarat hentian R&R,akhirat kelak umpama destinasi yang dituju..
namun,bagi meneruskan perjalanan,kita perlulah membawa bekal untuk digunakan agar sampai ke destinasi kita dengan selamat,akan tetapi,adakah bekalan kita sudah mencukupi bagi meneruskan perjalan ini?????
INGAT!! perkara pertama yang disoal ialah soal ketuhanan,adakah ilmu akhidah kita sudah kuat????? bagaimana pula dengan perihal syariat hidup kita????
selama kita bermusafir dalam destinasi kita,adakah bekalan kita sudah memadai untuk menampung taraf hidup di akhirat kelak??? tapi apa yang kita nak jawab di kubur kelak??
sama2 yer kita menuntut ilmu agama...

Sunday, March 13, 2011

Amalan Kesihatan Dari Al Quran Dan Sunnah Nabi

Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat amalan spt:-
Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.
Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).
Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa).
Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang berkenaan.

Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut.
Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. Di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

Nabi mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)
Wassalam…
Sama2lah kita mengamalkannya…….
WallahuA’lam
Sabda nabi Ilmu itu milik tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikkan insyaallah Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya.

Saturday, March 12, 2011

kalau x pkai tudung tu cantik tau....

PERINGATAN BESAR BUAT KAUM  WANITA
Dipetik dari Kitab Muhimmah karangan Sheikh Abdullah bin Abdul Rahim Fathoni 1384 Hijrah.

Diceritakan oleh Sayyidina Ali RA.; Adalah pada suatu hari masuk aku ke dalam rumah Nabi SAW. dan ada sertaku isteriku, Siti Fatimah RA. Maka tatkala aku dekat dengan pintu, maka sabda Nabi SAW.

"Siapa yang dipintu itu?"

Maka sahut Siti Fatimah;

"Kami dengan suami kami, Ali.  Hamba datang untuk menghadap engkau ya Rasulullah".

Maka tatkala Rasulullah membuka pintu bagi kami, tiba-tiba kami dapati akan Nabi hal keadaannya menangis akan sebagai tangis yang sangat.

Maka kataku(Sayyidina Ali RA.) baginya;

"Penebusmu [adalah] aku, engkaulah bapaku dan ibuku Ya, Rasulullah.  apakah yang menyebabkan engkau menangis?"

Maka sabda Rasulullah SAW.;

"Bahawa sesungguhnya telah aku lihat pada malam mikraj, beberapa perempuan daripada umatku di dalam siksa yang amat sangat.  Maka sangatlah salah pekerjaan mereka itu., kerana itulah yang menyebakan aku menangis kerana keadaan mereka yang tersangat siksa".

Berkata Sayyidina Ali RA.;

"Ya, Rasulullah, bagaimanakah engkau lihat akan keadaan mereka itu?"

Maka sabda Rasulullah SAW.;

Telah aku lihat seorang perempuan yang tergantung dengan lidahnya  dan api neraka yang sangat panas dituangkan ke dalam lehernya; dan

Aku lihat  seorang perempuan yang tergantung dengan rambutnya dan mendidih otak kepalanya; dan

Aku lihat pula seorang perempuan yang tergantung dengan  dua kakinya pada hal terikat lagi terlipat dan telah mengeluarkan segala malaikat yang menyiksa itu dengan dua tangannya daripada pihak belakang lalu dilumurkan minyak tanah pada badannya dan dituangkan air panas ke dalam lehernya; dan

Aku lihat seorang perempuan yang tergantung dengan dua susunya dan buah zaqqum itu dituangkan masuk ke dalam lehernya.  (Ada pun buah zaqqum itu adalah buah kayu di dalam neraka yang amat pahit dan apabila memakan mereka itu akannya, nescaya menggelegak (mendidih) segala isi perut mereka itu, dan otak dan gusi mereka itu dan keluar lidah apinya daripada mulut mereka itu) dan

Aku lihat pula seorang perempuan yang tergantung pada hal memakan ia akan daging dirinya  manakala api neraka dinyala-nyalakan daripada pihak bawahnya; dan

Aku lihat pula seorang perempuan  yang tergantung lagi menambat oleh segala malaikat akan dua kakinya kepada dua susunya dan ditambatkan dua susunya kepada ubun-ubunnya dan dijadikan atas badannya itu beberapa ekor ular dan kala hak keadaannya memakan ia(ular dan kala) akan dagingnya dan meminum ia(perempuan) akan darahnya; dan

Aku lihat pula seorang perempuan yang tergantung hal keadaannya buta dan tuli dan kelu.  Di dalam kerongkongnya  api neraka pada hal keluar otak daripada kepalanya dan lagi mengalir ke dalam hidungnya dan segala badannya itu amat busuk lagi berputar-putar(menggelupur) seperti terkena penyakit yang besar; dan

Aku lihat pula seorang perempuan yang tergantung hal keadaannya dipotong segala daging badannya daripada hadapan hingga ke belakang daripada segala anggota dengan gunting api neraka; dan

Aku lihat pula seorang perempuan yang tergantung hal keadaannya hitam segala mukanya dan dua susunya dan api memakan isi perutnya; dan lagi

Aku lihat seorang perempuan yang tergantung kepalanya seperti kepala babi dan tubuhnya seperti tubuh keldai dan di atasnua itu beribu-ribu warna daripada azab; dan

Aku lihat pula seorang perempuan atas rupa anjing dan api neraka itu masuk daripada bawah duburnya dan keluar daripada ia{api} daripada mulutnya dan segala malaikat itu memukul mereka itu akan kepalanya dan badanya dengan pemukul api neraka.

Kata Sayyidina Ali RA;

Maka berdirilah  Siti Fatimah RA. kepada Nabi SAW. lalu berkata;

"Hai kekasihku dan cahaya mataku, khabarkan olehmu apa dosa-dosa mereka itu hingga jatuh atas sekelian mereka itu dengan berbagai-baga siksaan itu?"

Maka sabda Nabi SAW.;

Ada pun perempuan yang tergantung dengan rambutnya dan mendidih otak kepalanya; maka bahawa sesungguhnya ia tiada mahu menutup rambutnya daripada lelaki yang haram memandang dia,

Dan adapun perempuan yang tergantung dengan lidahnya  dan api neraka yang sangat panas dituangkan ke dalam lehernya; maka bahawa sesungguhnya ia menyakiti akan suaminya.

Dan adapun seorang perempuan yang tergantung dengan dua susunya dan buah zaqqum itu dituangkan masuk ke dalam lehernya;maka sesungguhnya ia memberikan air susu suaminya [kepada bayi yang lain] dengan tiada izin suaminya.

Dan adapun perempuan yang yang tergantung dengan dua kakinya di dalam kerongkongan api nereka itu;maka bahawa sesungguhnya ia keluar rumah dengan tiada izin daripada suaminya.

Dan adapun perempuan yang tergantung dan memakan ia akan tubuhnya dan api neraka dinyala-nyalakan daripada pihak bawahnya; maka bahawa sesungguhnya ia memperhiasi tubuhnya kerana orang lain dan tiada memperhiasi bagi suaminya.

Dan adapun perempuan  yang tergantung lagi menambat oleh segala malaikat akan dua kakinya kepada dua susunya dan ditambatkan dua susunya kepada ubun-ubunnya dan dijadikan atas badannya itu beberapa ekor ular dan kala hak keadaannya memakan ia(ular dan kala) akan dagingnya dan meminum ia akan darahnya;bahawa sesungguhnya ia di dalam dunia tiada hendak bersuci badannya dan tiada hendak mandi junub dan haid dan daripada nifas dan meringan-ringan akan sembahyang.

Dan adapun perempuan yang tergantung hal keadaannya buta dan tuli dan kelu. yang di dalam kerongkongan  api neraka; maka bahawa sesungguhnya ia mendatangkan daripada anak zina dan ditambatkan kepada batang leher suaminya. (perempuan yang menduakan suaminya hingga mendapat anak zina dan dinyatakan anak itu adalah hasil daripada suaminya).

Dan adapun  perempuan yang tergantung kepalanya seperti kepala babi dan tubuhnya seperti tubuh keldai; maka sesungguhnya ia sangat mengadu-ngadu (adu domba/batu api) lagi amat dusta.

Dan adapun perempuan yang seperti rupa anjing dan api masuk ia ke dalam mulutnya dan keluar ia daripada duburnya; maka bahawa sesungguhnya ia adalah sangat membangkit akan manusia (mengungkit-ungkit pemberian atau pertolongan)  lagi banyak dengki mendengki

SEMOGA MAMPU MEMBERIKAN PERINGATAN KEPADA KAUM MUSLIMIN DAN MUSLIMAT SEKELIAN.

Allahu A'lam

seksaan neraka tu amat pedih

nikmat bersama kekasih...

Hukum Orang Islam Menyambut Perayaan Valentine's Day

Keputusan:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-71 yang bersidang pada 22-24 Nov 2005 telah membincangkan Hukum Orang Islam  Menyambut Perayaan Valentine's Day. Muzakarah berpandangan bahawa  ajaran Islam amat mengutamakan kasih sayang dan tidak ada hari tertentu di dalam Islam bagi meraikannya.
Oleh itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam.

Keterangan/Hujah:

Sejarah Valentine’s Day tidak ada di dalam Islam. Amalan, budaya dan hasrat perayaan ini mempunyai unsur-unsur Kristian yang bercanggah dengan Islam.

Di dalam Islam tidak ada hari tertentu bagi meraikan kekasih atau kasih sayang. Islam sangat menitikberatkan soal kasih sayang dan setiap hari di dalam Islam adalah hari kasih sayang.
Islam menolak konsep kasih sayang yang terkandung dalam Valentine’s Day kerana unsur-unsur ritual keagamaan yang diamalkannya boleh menggugat akidah Islam.
Hukum Islam jelas dalam hal melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam. Ini berdasarkan sebuah hadith Rasulullah s.a.w.:

من تشبه بقوم فهو منهم

“Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia termasuk dalam kaum tersebut.”
( Riwayat Abu Daud)
Rasulullah s.a.w. juga bersabda:

من عمل عملا ليس عليه أمرنا فهو مردود

“Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada amalan kami maka ia akan ditolak.”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Kebanyakan golongan remaja Islam hari meraikan Valentine’s Day dengan perbuatan- perbuatan yang dilarang oleh Islam. Gejala seperti ini sekiranya tidak dibendung akan merosakkan generasi umat Islam akan datang.